Isnin, 23 Mei 2011


 wahai pemelihaku berselawatlah
 dan salam sentiasa selama-lamany ke atas kekasih-Mu sebaik-baik makhluk
 kesemua mereka


TERJEMAHAN
Wahai Tuhan penjagaku, selawat dan salamlah sentiasa dan buat selama-lamanya ke atas kekasih-Mu yang merupakan sebaik-baik makhluk keseluruhannya.

HURAIAN

Perkataan مولى (maula) yang selalu disebut مولانا (maulana) atau مولاي (maulaya) mempunyai beberapa makna. Antarannya penjaga, tuan dan juga tuanku (panggilan untuk raja).

Rangkap ini sebenar bukanlah karangan asal penyair. Ia adalah tambahan orang kemudian yang digunakan sebagai muqaddimah qasidah sahaja. Ia juga diulang-ulang oleh hadirin selepas setiap rangkap dinyanyikan penyanyi qasidah.

Rangkap ini ialah rangkap selawat. Secara simboliknya, disebabkan setiap rangkap qasidah yang mengandungi lebih 150 rangkap ini menyebut-nyebut keagungan Nabi Muhammad saw, para hadirin sudah tentu merasa begitu teruja dan kagum. Dan ketika itu, cara yang terbaik mengenang keagungan dan jasa baginda ini ialah dengan memperbanyakkan berselawat.

Tiada ulasan: